BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 2, 2009

Percutian di langkawi


Percutian ini adalah semasa aku dan hubby balik ke kampung untuk menjenguk parents and family selepas last aku balik kampung pada cuti Hari raya Puasa last year 2008. dah lama tak jenguk parents aku amik peluang bercuti awal tahun untuk balik ke kampung..........perjalanan 6 jam dari Ampang ke Alor Setar memang ku rasakan sangat lama dan bosan tapi dalam hati mmg best bukan kepalang.....Alhamdulillah aku dan hubby selamat tiba lebih kurang 2 ptg.....selepas anta barang2 yang ibu mertua aku kirimkan kat anak tiri dia (merangkap kakak tiri ipar aku)...penat mmg penat tp heppi sgt dpt jumpe family.... mak dah nampak kurus sikit, ayah pun makin kurus mungkin sbb diorg makin lama makin tua.....apapun aku bertuah dapat merasai kasih sayang diorg sampai saat ini... semoga Allah lanjutkan usia mereka dan berkati kehidupan kami sekeluarga. tok pun susut jg, dah nampak makin tua.tp sempat lg sediakan makanan tg hari untuk cucu2 dia...............vacation aku was on 27.01.2009.....bertolak dari rumah dalam kul 8-9 ...pastu naik feri dlm kul 1030....after 1 and 1/2 hour ak n hubby sampai kat jeti Kuah...sepanjang dalam feri aku tdo je...perut aku tak bpe chat, hubby aku kata, nasib baik aku tdo, org kat sebelah aku muntah...mmg lucky.........sampai jeti aku n hubby g pekena nasi beriani kat Jeti, tak sedap tp mahal...servis pun hampehhhh.next time kalo aku ke sana lagi mmg tak nak lyn kedai mamak tu.....aku bertolak ke CD Motel dalam kul 2 lebih n sampai kat sana dalam 2.30......memang selesa, dan yang paling best belakang bilik pantai cenang...mmg best gileeeeeerrr...CD motel tu actually my friend's punya abang ipar...family dia alim tapi mmg friendly n open....diorg very helpful....mula2 aku wat reservation Kak ita da kasi diskaun, sampai sana abg ipar dia suruh diskaun lagi, siap kasi kete la (byr ckit la).....apapun time kasih byk. aku n hubby enjoyed masa kat sana........siang malam pagi petang aku n hubby mmg mandi laut, kulit gelap xpe asal puas, kang da balik KL tak dapt rs sume nihhh.

2nd day aku g 'Islang Hopping'.....hop from island to island la.....mula dari tasik dayang bunting, ke pulau helang pastu pulau beras terbakar n balik ke cenang....trip tu mmg letih tp sgt puas hati...............3rd n last day aku abiskan kat area town Kuah n few places sekitar Cenang................kami ke mahsuri tomb, crocodile farm, pantai pasir tengkorak n shopping...........mmg byk tempat menarik.........cuti2 malaysia, segalanya ada di sini

Sunday, May 31, 2009

me myself and I





Rentak kehidupan, dari kecik sampai besar (sebelum kawen) tanggungjawab teletak di bahu ayah mak.....kalo nak jadi seorang yang berjaya dan kehidupan yang penuh barakah, kenalah sentiasa obey semua apa yang mak ayah suruh....mana ada mak ayah yang nak anak mereka gagal. kalo boleh semua kena berjaya, semua masuk university, semua nak keje besar2....apapun stp insan ada rezeki masing-masing yang gagal bukan selama lamanya akan di bawah dan yang berjaya jangan anggap selalu akan di agung. Sesekali ada dugaan. Orang kata dunia ni bulat macam roda walaupun physically berbentuk sfera, kenkadang kita kat atas kenkadang kita kat bawah, mencecah bumi. tak de orang miskin yang tak jadi kaya dan tak de orang kaya yang sudahnye tak muflis. so bila dah rasa senang dan mewah jgnla pandang org mcm org tu tak berduit dan tak berpendidikan tinggi dan tak berpangkat pulak..kita kan manusia, semua nya sama di sisi Allah cuma bezanya org yang berilmu lebih tinggi martabatnya dari org yang miskin ilmu...jadi tuntutla ilmu untuk meningkatkan martabat diri sendiri...jangan la berbangga dengan apa harta yang kita ada, walaupun berkepuk2 mana ada nak dihitung di akhirat. harta itu, hiasan di dunia, dah lepas tutup mata mana bleh bw harta tu masuk kubur, ilmu yang berguna yang kita bawa ke sana.....fikirlah.
Ibu bapa adalah dua insan yang paling penting dalam setiap kehidupan manusia yang waras. namun ada juga insan yang sanggup bertindak kejam terhadap kedua ibu bapa mereka. perasaan menjadi beku hati menjadi batu. tiada langsung rasa sayang dan tiada tanda terima kasih kepada ibu bapa sendiri. siapa ibu bapa?tanpa mereka mana kita ada di dunia ni.kita patut jadikan ibu bapa sendiri sebagai idola.cuba fikirkan???? pada saat mula kita nak dijadikan, ibu bapala yang bertungkus lumus (this is not dirty talking ye). da lepas kita terbentuk, ibu bapa la yang berpenat lelah menjaga kita masa dalam perut. berpuluh malah lebih banyak kali ibu bapa berulang alik ke klinik nak tgk perkembangan kita. aktif ke tak aktif, sihat ke slim ke..... tahu tak kadang2 mak langsung tak bleh nak tdo, asyik sengal2 badan, kadang2 perit ye la kita makin besar kulit perut pun makin hari makin tegang. kejap2 gatal la....bapa pun sama la kdg2 susah juga nak tdo...ye la sape tak risau bini kat sebelah, kejap baring kejap bangun, kejap alih kanan, kejap kiri kejap melentang kejap meniarap....last2 bapa pun sama tak bleh nak tdo....dah masuk 9 bulan 10 hari....depends la kat kita la kan.....ada yang nak kuar awal yang nak suruh mak bapa tunggu lama ckit ada yang kuar tepat2 masa....org putih panggil punctual........kuarla kita. sedih, bangga, gembira, terharu jgn ckp la, perasaan mak bapa kita mmg bercampur-campur......dari mula minum susu ibu sampai la bapa belikan susu formula perasaan bertanggungjawab tak pernah padam dalam hati 2 insan bergelar ibu bapa....dari hanya pandai2 bergolek2 sampaila dah pandai berlari ibu bapa tak pernah jemu melayan kerenah kita...setiap masa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. dari tak pandai kenal huruf sampaila da pandai jawab exam sendiri, mak ayah sentiasa bagi tunjuk ajar...bukan nya tak percaya dengan kebolehan anak2 cuma nak bagi perhatian yang lebih..........perasan tak? kadang2 kita fikir mak ayah menyibuk je dengan keje kita. tp pernah kah mak ayah terus lepas tangan terhadap tanggungjawab mereka pada anak2.......pernah kah mak ayah potong duit belanja kita bila result exam cikgu tulis dengan pen dakwat merah.....pernah kah mak ayah malu nak dtg sign report card bila kita dapat result teruk.....setahu aku, majoriti ibu bapa berbangga dengan anak2 tak kira exam dapt tempat pertama atau tempat terakhir.yang penting semangat nak belajar ada, insyaallah ada. dari sekolah rendah, lepas tu masuk sekolah menengah lepastu masuk matrikulasi/A level etc. pastu ke University......mak ayah masih tak lupa tanggungjwb mereka.....walaupun da dapt tajaan MARA atau pinjaman PTPTN, mak ayah tak pernah jemu tepon tanya " duit ada tak"............mak ayah kdg2 tu bukan berduit sgt ye la adik2 lain nak kena tanggung juga. tp disebabkan anak punya pasal, tak pe la mak ayah adakan juga.....dah abis U bertungkus minta keje.....da dpt keje, dapat la duit nak belajar tanggung diri sendiri........bila da pandai cari duit sendiri, sikap pun kdg2 jadi berubah jadi besar kepala..kepada anak2 yang besar kepala n lupa pada jasa ibu bapa.ingat la, hari tak selalu cerah.....kepada anak2 yang masih mengingati setiap jasa ibu bapa alhamdulliah..jgnla sesekali berpaling dari tanggungjawab menjaga ibu bapa.....ibu bapa 1 ja dalam hidup kita..mana bleh ganti selagi mereka ada jagalah seperti menjaga nyawa kita sendiri......bila da kawen, kita jadi makin jauh dengan mak ayah sendiri, kalo anak perempuan komitmen lebih kepada suami................tp jgnla itu dijadikan sebab pulak, walaupun jauh tepon kan ada, ada masa kol la tanya kabar.....kalo anak lelaki tanggungjwb mmg berat ke sebelah ibu bapa lelaki tp kdg2 susah juga ye la, kanan mak ayah kiri bini..............walauapa pun tanggungjwb kita pada ibu bapa sentiasa ada walau jauh walau dekat walau susah walau senang ibu bapa tetap no.1......................................